Rosnah

Monday, August 8, 2016

Hai semua!

Hari ini saya ingin mencuba menulis dalam Bahasa Melayu pula! Kali terakhir saya menulis dalam bahasa ibunda saya ini ialah sedekad lalu jadi saya ini bukanlah arif mana pun. Kalau ada salah dari segi tatabahasa tu jangan kecam ye.

Pada hari Jumaat lepas saya berpeluang menonton sebuah monodrama di Esplanade. Ini adalah kali pertama saya ke sini untuk menyaksikan sebuah pementasan teater jadi semestinya saya berasa excited gitew lho. Menariknya, saya pergi bersama seorang yang saya langsung tidak kenal.

Sebenarnya saya adalah salah satu pembaca dan peminat setia satu blog ni. Basically si penulis tanpa nama ini akan mengupas drama-drama bersiri di saluran Suria dan quite honestly apa yang membuat saya tertarik akan blog ini adalah kata-kata lucu dan laser yang ditulisnya. Selalunya saya akan menunggu waktu makan di kerja untuk membaca entri terbaru beliau dan selalunya juga saya akan hampir terbegik makanan kerana saya sering terlaugh-out-loud. Betul tak tipu hahahah

Jadi nak dipendekkan cerita, si penulis misteri ini mengajak salah seorang pembacanya menonton monodrama Rosnah ini bersamanya dan sayalah pembaca bertuah itu. (betuah la sangat lol) Sejujurnya saya sangka penulis ini ialah seorang wanita based on tahap ke-bitchy-an beliau tetapi ternyata saya silap. Ini dah macam cerita Gossip Girl yang saya mati-mati sangkakan pompanz rupanya si Dan tu!


"Rosnah is a young Malay Muslim woman who leaves home for the first time to study in London. As she navigates her new environment with determination, she forges new connections with friends who differ from her in all respects—personality, race and religion"

Dipetik dari Esplanade.com

-malas nak translate-

Saya tidak akan kupaskan jalan ceritanya dengan lebih terperinci tapi apa yang ingin saya kongsikan disini ialah pengalaman saya berada di dalam studio itu selama satu jam. Pertama sekali saya ingin tabik spring kepada pelakon Siti K atas persembahannya yang sungguh berkesan sekali!

Bagi anda yang mungkin tidak tahu, monodrama ialah sebuah drama yang dimainkan oleh hanya satu pelakon. Terdapat lebih kurang sembilan watak yang dimainkan oleh Siti K termasuk diri beliau sendiri. Saya sangat suka cara beliau bertukar watak dengan cepat dan meyakinkan sekali!

Salah satu babak yang meninggalkan impak yang mendalam pada diri saya ialah apabila watak Rosnah membawa pulang kekasih mat sallehnya ke Singapura dan beliau diberitahu neneknya sudah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Agak tersentuh perasaan saya ketika itu kerana teringatkan teman yang baru kehilangan bapanya dan sering memuatnaik status di Facebook tentang penyesalannya tidak dapat bersama bapanya ketika saat-saat terakhir beliau.

Dan semestinya air mata saya mula bertakung apabila watak Rosnah mula menangis dan berteriak! Sudahlah saya duduk di barisan hadapan, si mamat yang memainkan musik dengan gitarnya pula duduk di depan saya, lagilah saya rasa macam nak melalak! Saya cuba sedaya upaya untuk tidak mengelip mata kerana saya tahu jika saya berbuat demikian, air mata akan mencurah tak henti-henti.

Lagi satu babak yang sungguh WOW ialah apabila watak Rosnah memarahi teman havocnya Mus apabila Mus memberitahu beliau diperkosa oleh lelaki yang dibawanya pulang ke rumah. Pada masa itu penonton dapat menyaksikan bagaimana Siti K dapat memainkan kesemua tiga watak yang berbeza reaksi, pandangan dan emosi dan saya tidak sekalipun berasa keliru watak mana yang sedang dimainkan.

Impress level 99999999!!!

Oh dan juga tidak kusangka suara Siti K sooo sedap!! Antara lagu yang beliau dendangkan ialah Slumber (OAG) dan Fantasia Bulan Madu. Weeewiiit!! Beliau turut mengajak para penonton menyanyi bersama omg I just have to control la okay?! Nanti sesi karaoke yang akan datang saya nak nyanyi lagu FBM dan feeling sepuas-puasnya! Tina dan Airah please take note ya.

Pada akhir monodrama ini, saya dapat rasakan kaitannya dengan diri saya. Watak Rosnah banyak bercakap tentang "transit" dan seperti mana yang awak semua sedia maklum, saya akan melalui satu transit yang besar dalam hidup saya. Saya bakal memasuki alam rumahtangga, berpindah ke rumah baru, tinggal bersama ahli keluarga yang baru dan tidak lupa tempat pekerjaan yang baru. Tipulah saya kalau saya katakan yang saya tidak takut akan tanggungjawab yang bakal diletakkan ke atas bahu saya. Tidak lupa juga perasaan bercampur sedih untuk meninggalkan rumah serta zon keselesaan saya.

Hmmm.. tetiba rasa sedih lah pulakk......

ps: Kalau nak tahu lebih lanjut tentang pementasan Rosnah dan blog yang saya sebutkan di atas, sila klik sini.

pps: Pada mulanya saya fikir saya akan berasa janggal menulis dalam Bahasa Melayu tetapi sekarang saya rasa selesa pula! Mungkin saya akan terus menulis dalam Bahasa Melayu dalam entri yang akan datang. :D

xoxo, N

No comments:

Post a Comment

Leave your comments!